Basikal posmen |
Hasil dari pengkisahan warga tua inilah, maka lahirnya usaha dan semangat mengembalikan nastogia silam dari kalangan komuniti prihatin Kampong Pulau Panjang, Jerteh, Teregganu dan tertubuhnya
Kelab Basikal Tua Daerah Besut ( KEBATBEST).
Pada asalnya, kelab ini lebih dikenali sebagai Kelab Basikal Lama ( KEBAL). Bagaimanapun, berdasarkan kepada kamus dewan perkataan LAMA lebih sesuai dirujuk sebagai sudah berlalu dan perkataan TUA lebih sesuai sebagai sudah lanjut usia. Dan perkataan yang lebih sepadan dengan usia basikal ialah TUA, maka kelab ini akan didaftarkan sebagai Kelab Basikal Tua Besut ( KEBATBEST )
Setakat ini, kelab mempunyai sebanyak 25 buah basikal yang terdiri dari model-model keluaran Raleigh, BSA dan Hercules. Usaha masih diteruskan untuk menjejaki lebih banyak basikal dari pelbagai model dan pelbagai pengeluar. Oleh kerana basikal yang diperolehi telah lanjut usia, sebahagian besar komponen kecil sudah usang dan tidak boleh digunakan lagi. Hanya yang tinggal ialah rangka @ chasis. Berdasarkan dokumen jual beli asal, kebanyakan basikal sudah berusia antara 50 hingga 80 tahun. Majoriti pemilik asal sudah meninggal dunia.
Walau hanya rangka sahaja yang ada, pihak kelab tetap berusaha untuk membuat penambahbaikan. Usaha ini agak berbaloi walau mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkan sebuah basikal yang sempurna dengan ciri keselamatan.
Secara asasnya, keseluruhan kerja-kerja melengkapkan komponen diurus sendiri oleh ahli-ahli kelab. Sebahagian besar ahli kelab mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja mekanikal.
Proses awal dalam kerja baikpulih ialah mengenalpasti komponen yang rosak dan tidak sesuai dibaikpulih. Dapatkan alat ganti baru atau second hand dari mana-mana sumber yang dikenalpasti. Menanggalkan semua komponen yang terlekat pada chasis. Mana-mana bahagian yang berkarat, proses nyah karat akan dilakukan. Seterusnya mengecat chasis mengikut warna pilihan penggemar, memasang segala komponen dan peralatan keselamatan dan akhir sekali ujian penggunaan.