Wednesday, October 6, 2010

Kelab Basikal Tua Besut ( KEBATBEST)


Umum mengetahui bahawa basikal pada suatu masa dahulu merupakan satu  alat pengangkutan utama masyarakat desa dan bandar. Pada masa itu, sesiapa yang memilikki sebuah basikal, maka dia dianggap sebagai orang kaya atau kakitangan kerajaan dan merupakan seorang yang dihormati.
Petani menggunakan basikal untuk mengangkutan hasil-hasil pertanian untuk dijual dipasar-pasar, pemilik-pemilik ladang menggunakan basikal untuk melawat ladang khusus pemilik ladang getah dan kelapa sawit. Jepun (1941)menggunakan basikal sebagai pengangkutan darat yang berhasil menakluk Tanah Melayu ( sekarang Malaysia ) dengan cepat.
P. Ramlee(22 March 1929–29 May 1973)telah menggunakan ikon basikal sebagai medium pengangkutan dalam beberapa filem yang dihasilkannya antaranya penyamun bujang lapuk.

Basikal posmen
Syarikat penghantaran surat yang suatu masa dahulu dikenali sebagai 'post office' menggunakan basikal untuk menghantar surat dan pelbagai kiriman dokumen .
Sudirman (25 Mei 1954-22 Februari 1992) menggunakan ikon basikal tua dalam nyanyian.

Sejarah perkembangan basikal dunia boleh diikuti di link

Pengkisahan berkaitan penggunaan basikal pada masa dahulu diperolehi daripada penceritaan oleh pelbagai lapisan masyarakat khususnya warga tua   ( yang lahir sebelum tahun 70 an ).

Hasil dari pengkisahan warga tua inilah, maka lahirnya usaha dan semangat  mengembalikan nastogia silam  dari kalangan komuniti prihatin Kampong Pulau Panjang, Jerteh, Teregganu dan tertubuhnya

Kelab Basikal Tua Daerah Besut ( KEBATBEST).
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Ahli Dewan Undangan Jerteh pada Jumaat 17 September 2010.
Pada asalnya, kelab ini lebih dikenali sebagai Kelab Basikal Lama ( KEBAL). Bagaimanapun, berdasarkan kepada kamus dewan perkataan LAMA lebih sesuai dirujuk sebagai sudah berlalu dan perkataan TUA lebih sesuai sebagai sudah lanjut usia. Dan perkataan yang lebih sepadan dengan usia basikal ialah TUA, maka kelab ini akan didaftarkan sebagai Kelab Basikal Tua Besut ( KEBATBEST )
Dengan keahlian seramai 40 orang, termasuk 15 orang wanita dari pelbagai peringkat usia. Pendaftaran keahlian sentiasa meningkat dari semasa kesemasa.

Setakat ini, kelab mempunyai sebanyak 25 buah basikal yang terdiri dari model-model keluaran Raleigh, BSA dan Hercules. Usaha masih diteruskan untuk menjejaki lebih banyak basikal  dari pelbagai model dan pelbagai pengeluar. Oleh kerana basikal yang diperolehi telah lanjut usia, sebahagian besar komponen kecil sudah usang dan tidak boleh digunakan lagi.  Hanya yang tinggal ialah rangka @ chasis. Berdasarkan dokumen jual beli asal, kebanyakan basikal sudah berusia antara 50 hingga 80 tahun. Majoriti pemilik asal sudah meninggal dunia.
Walau hanya rangka sahaja yang ada, pihak kelab tetap berusaha untuk membuat penambahbaikan. Usaha ini agak berbaloi walau mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkan sebuah basikal yang sempurna dengan ciri keselamatan.
Secara asasnya, keseluruhan kerja-kerja melengkapkan komponen diurus sendiri oleh ahli-ahli kelab. Sebahagian besar ahli kelab mempunyai kemahiran dalam kerja-kerja mekanikal.

Proses awal dalam kerja baikpulih ialah mengenalpasti komponen yang rosak dan tidak sesuai dibaikpulih.  Dapatkan alat ganti baru atau second hand dari mana-mana sumber yang dikenalpasti. Menanggalkan semua komponen yang terlekat pada chasis. Mana-mana bahagian yang berkarat, proses nyah karat akan dilakukan. Seterusnya mengecat chasis mengikut warna pilihan penggemar, memasang segala komponen dan peralatan keselamatan dan akhir sekali ujian penggunaan.




Tawaran Sewaan Kemudahan

Bagi mengisi tabung aktiviti dan program serta menampung kos penyenggaraan basikal, KEBATBEST kini menawarkan perkhidmatan nilai tambah dengan menyediakan beberapa kemudahan untuk disewa secara pakej.

Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan buat masa ini.

1. Ekspedisi basikal lama ke tempat-tempat menarik di sekitar Daerah Besut.

a. Lata Tembakah, Panorama Hutan Tropika ( air terjun )-19 km
b. Perkelahan Air Panas La- Panorama Hutan Tropika - 35 km
c. Pantai Air Tawar - panorama pantai - 15 KM
d. Perkelahan Bukit Keluang- panorama bukit dan pantai - 18 km
e. Lata Belatan- panorama Hutan tropika ( air terjun ) - 16 km

Tawaran pakej.

Pakej 1
Minima 10 buah basikal
- Perjalanan pergi balik hari yang sama
RM10.00 sebuah.
Tambah RM30.00 kos bahan api pengangkutan ( lori kecil )

Pakej 2 ( 2 hari 1 malam )
Minima 10 buah basikal
RM15.00
Tambah RM50.00 kos bahan api pengangkutan ( lori kecil )

* Optional ( Tambah RM40.00 seorang )
1. Penginapan ( khemah )
2. Makan/minum ( sajian selera kampong )
3. Pakej termasuk insuran

Tempahan hendaklah diserta dengan 50% bayaran pendahuluan dan perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh ekspedisi. Ekspedisi terhad pada hari cuti termasuk cuti persekolahan. Semua pergerakan akan bermula dari ibu pejabat KEBATBEST di alamat diatas. Masa Perjalanan terhad pada siang hari sahaja ( 7.30 pagi hingga 5.30 ptg )

Pakej 3
Mengiringi pengantin/ majlis keraian dan pelbagai.
Meriahkan majlis keraian dengan kehadiran basikal lama. Jadikan nastolgia silam sebagai kenangan abadi yang sukar dilupakan.

RM200.00
Kombinasi 4 basikal 1 beca roda tiga.
Jarak perjalanan terhad 500 meter dari tempat majlis.
Hiasan beca untuk tema pengantin/ majlis disediakan oleh penyewa.

Optional.
Tambahan 1 beca RM50.00
Tambahan 1 basikal RM5.00

* -maksimum beca- 3 buah, dan basikal - 30 sahaja

Pakej 3 terhad di kawasan sekitar Daerah Besut sahaja. Untuk diluar kawasan, sila hubungi setiausaha untuk perbincangan lanjut.

Untuk tempahan KLIK >>

Laporan Media

Laporan Media


Aktiviti

Pelbagai aktiviti riadah telah dilaksanakan ialah:

1. Kayuhan mesra alam ke Perkelahan Air Hangat sejauh 35km yang mengambil masa 2 jam. Melalui laluan mendaki.
2. Kayuhan riadah ke Perkelahan Lata Belatan, Jabi sejauh 18 km yang mengambil masa 45 minit. Laluan landai.
3. Kayuhan mesra 1Malaysia bersama ADUN Kawasan Jerteh, YB. Dato' Seri Idris bin Jusoh.
4. Kayuhan mesra bersama Yang Berhormat Tuan Haji Pehimi bin Yusof, ADUN Kota Putra.

Aktiviti dalam perhatian dan pertimbangan penaja ialah
1. Kayuhan Jelajah Terengganu- November 2010

Sekitar Majlis Muhibah Raya Qurban 2010

Sekitar Majlis Muhibah Raya Qurban 2010
Program ziarah AidulAdha 2010

Majlis Muhibbah Hari Raya Aidul Adha 2010

Program ini telah diadakan pada 20 November 2010 bertempat di Dataran Komuniti, Kampong Pulau Panjang, Jerteh. Dihadiri seramai 50 orang ahli KebatBest serta ahli keluarga masing-masing.
Pelbagai program telah dijalankan untuk memeriahkan majlis ini. Diantaranya majlis ziarah rumah ke rumah, cabutan bertuah, bergambar serta cabutan bertuah.
Program yang bermula jam 9 pagi dimulakan dengan sesi ziarah ke rumah-rumah jiran. Diikuti majlis cabutan bertuah sambil menjamu selera.
Majlis cabutan bertuah telah menyediakan sejumlah 19 hamper yang telah disumbangan oleh orang perseorangan dan juga syarikat.
Program ini telah mendapat kerjasama dari Utusan Malaysia melalui media sisipan Kosmo. Terima kepada En. Kamaruddin Hamzah, wartawan UM Besut diatas sumbangan ini. Artikel <<>
Gambar-gambar sekitar program boleh dilayar di SINI

Sejarah Basikal Raleigh

Logo Raleigh yang pertama ialah bangau yang sering disebut "Little Bird."

Sejarah basikal Raleigh bermula lebih dari 100 tahun yang lalu pada tahun 1887 ketika Frank Bowden membeli sebuah kedai basikal kecil di Raleigh Street, Nottingham, United Kingdom. Setahun kemudian ia menubuhkan Syarikat Raleigh. Pada tahun 1886 kedai basikal kecil menghasilkan pada tahap 150 basikal pada tahun. Empat puluh tahun kemudian Raleigh telah menghasilkan 100,000 basikal setiap tahun. Mereka juga menghasilkan 15,000 basikal bermotor. Pada pertengahan tahun 1930 itu Raleigh telah menghasilkan kereta roda tiga. Pada tahun 1938, syarikat telah meningkatkan pengeluaran sehingga ketahap 500,000 setahun.

Tips Keselamatan semasa menunggang

Basikal merupakan sejenis pengangkutan yang murah dan paling ekonomik dan ideal untuk pelbagai aktiviti riadah. Bagaimanapun, basikal boleh mengundang musibah yang tidak terduga jika peraturan serta langkah-langkah keselamatan kurang diberi perhatian.

Berikut tip asas keselamatan kepada penunggang.

1. Selalu memakai topi keselamatan

2. Patuhi semua kawalan lalu lintas.

3. Naik basikal anda dekat tepi kiri jalan.

4. Jangan pernah membawa pembonceng.

5. Selalu menggunakan isyarat tangan apabila mula bergerak, membelok atau berhenti.

6. Berikan laluan pejalan kaki melintas terlebih dahulu.

7. Ingat basikal adalah kenderaan yang berkongsi laluan dengan pelbagai kenderaan yang lebih besar dan berenjin.

8. Jika berkonvo, pastikan kayuhan berada didalam satu barisan.

9. Jangan cuba potong memotong dan kejar mengejar antara satu sama lain.

10. Jarak anda dengan rakan dihadapan tidak kurang dari 2 meter.

11. Tidak berkayuh di waktu malam, pastikan ciri reflektor dan semua lampu yang bersesuaian sentiasa terpasang.

12. Pakai pakaian yang memantulkan cahaya

Mengenali Model Keluaran Releigh

Mengenali Model Keluaran Releigh